Tuesday, October 19, 2010

Keinsafan

Anak-anakku..yang Cikna Sayang..




Keluarga,....Limpahan Kasih Illahi


Hajah Rahemah dan Haji Mahamad Yusop..mak dan abah yang tercinta.,mendidik anak-anak dengan penuh kasih sayang walaupun sangat tegas dan mementingkan disiplin hidup.
Namun aku bersyukur..tanpa mereka siapalah aku sekarang ini.
Tanpa mereka juga, mungkin aku tidak berpeluang untuk merasai erti kehidupan ini.

Mereka adalah insan yang paling istimewa..
Kuserahkan seluruh jiwa ragaku pada Allah yang mencipta..
Kemudian kuserahkan seluruh kasih sayangku pada mak dan abah yang menumpangkan aku untuk merasai beberapa cebisan dari sehelai kain kehidupan.

Ku berjanji...akan aku cantum cebisan-cebisan kain itu untuk mencari sehelai kain kehidupan yang sebenar.

Di atas kain itu akan aku corakkan warna-warna ceria untuk hari tua mereka.
akan aku lakar sejarah hidupku untuk buat hati mereka tersenyum melihat corak-corak seni kain kehidupanku.

Ya Allah...ku mohon kepadamu..lindungilah mereka, rahmatilah mereka, bahagiakanlah hati mereka..semoga aku juga merasa bahagia atas kebahagiaan mereka.

Mak, abah..tiada mak lain di dunia ini, tiada abah lain di dunia ini yang bisa menandingimu..kamulah insan teristimewa di hatiku..
selalu..akan ku rindu selalu leter dan marahmu..
akan ku mimpi-mimpi senyum dan tawamu..

Mak....Abah...ana sayang mak dan abah...sampai bila-bila.




Saturday, August 28, 2010

Ulasan Drama: Arca Cinta




ulasan Drama Arca Cinta
Pelakon: Zamarul Hisyam, Emelda Rosmila dan Almy
Tayangan: 9-11 malam, 17 September 2010 di Astro Prima

Plot
  • Permulaan
Nizam dan Najwa merupakan pasangan suami isteri yang sangat bahagia dan mempunyai seorang anak perempuan yang bersekolah di sekolah rendah. Kehidupan mereka sangat bhagia dan mereka selalu meluangkan masa bersama.Nizam dan Najwa berkawan sejak kecil lagi. Mereka amat menyintai antara satu sama lain.

  • Perkembangan
Kehidupan Nizam sekeluarga berubah apabila Najwa disahkan menghidap barah otak. Nizam dan anak perempuan mereka iaitu Amy terpaksa berdikari menjalani kehidupan seharian apabila Najwa tidak lagi berdaya menunaikan tanggungjawab sebagai seorang ibu dan isteri. Najwa sering mengalami tekanan perasaan kesan rawatan kimoterapi yang menyakitkan tetapi tidak menunjukkan perubahan positif terhadap penyakitnya. Najwa juga sering risau memikirkan keadaan suami dan anaknya apabila dia sudah tiada nanti. Dalam masa yang sama, iaitu salah seorang jururawat yang merawat Najwa sering terserempak dengan Nizam di sebuah restoren.Akhirnya mereka berkawan baik dan sering berbincang mengenai masalah kesihatan Najwa. Suri telah bertunang dengan Fezrul selama 3 tahun namun masih belum mendirikan rumahtangga. Mereka pernah terlanjur sewaktu Fezrul dalam keadaan mabuk.
  • Konflik
Kehidupan mereka sekeluarga mula kucar kacir. Najwa mula berubah sikap dan menguji kesabaran dengan sering keluar pada waktu malam dan pulang lewat bersama Kak Long Najwa. Pada suatu hari sewaktu Najwa ingin keluar seperti biasa, mereka bertengkar. Hubungan Suri dan Fezrul juga mulai dingin.

  • Klimaks
Nizam Keluar dari rumah kerana tertekan dan berjumpa dengan Suri untuk meminta pendapat Suri. Suri yang sebelum itu bergaduh dengan Fezrul kerana Fezrul telah memutuskan pertunangan mereka telah terlepas cakap masalahnya kepada Nizam. Suri telah mengandung anak Fezrul. Tiba-tiba Nizam mendapat panggilan kecemasan dari anaknya dan pada malam itu juga Najwa pergi buat selamanya. Fezrul juga menghilangkan diri pada malam yang sama.

  • Peleraian
Nizam terjumapa sepucuk surat yang ditinggalkan oleh Najwa. Nizam tahu mengapa Najwa berubah sikap.Semuanya kerana terlalu cintakan Nizam dan ingin suaminya membiasakan diri hidup tanpanya. Suri menjadi rapat dengan keluarga Nizam. Akhirnya Fezrul dan Suri berkahwin juga atas bantuan Nizam. Anak yang dilahirkan dinamakan Najwa sebagai arca cintanya kepada Najwa. Mereka semua tinggal bersama seperti dalam sebuah keluarga.

Teknik

Gerakan kamera berjaya menipu penonton apabila pada mulanya kelihatan seperti Nizam yang akan berkahwin dengan Suri tetapi sebenarnya yang menjabat tangan Tok Kadi ialah Fezrul.

Tahap Persembahan

watak Nizam dan Najwa lakonan Zamarul Hisyam dan Emelda Rosmila berjaya menunjukkan cinta yang sangat dalam antara satu sama lain. Manakala watak sampingan Suri lakonan Almy juga tidak kurang hebatnya sesuai dengan ciri-ciri wanita yang sangat tabah menghadapi rintangan.

Penghakiman

Cerita ini menarik kerana banyak memberi pengajaran seperti memaparkan ketabahan insan-insan yang sedang diuji dengan masalah tersendiri. Sesuai ditonton oleh semua lapisan kerana tiada unsur ganas dan seks. Cerita ini juga menunjukkan rasa cinta dan sayang suami isteri yang sangat kuat.







Wednesday, August 11, 2010

Penulisan Kreatif



Pantun Sayang Sahabat




Hati berkias suara berdendang,
Indah hadrah berlagu seni,
Menanti belas menagih peluang,
Hilanglah sudah suci nurani.




Qasidah berganti bunyian gendang,
Seindah suasana beraksi hebat,
Gundah dihati merintih seorang,
Apalah guna hidup bersahabat.




Merintih tersirat di hening malam,
Tenang irama berbunyi merdu,
Kasih sahabat di jiwa tersulam,
Sayang sesama disemai selalu.




Sayang berbaki kasih belabuh,
Bermadah sayup lembut suara,
Hasad dan dengki dibuang jauh,
Pastilah hidup selalu gembira.




Memikat hati layanan mesra,
Malu dirasa tidak bersendi,
Sahabat sejati umpama saudara,
Selalu berjasa sentiasa berbudi.