Tuesday, July 13, 2010

Penghantar Penulisan

4 comments:

  1. 14 Julai 2010
    Hari pertama kelas bermula dengan agak baik.semua pelajar memilih beberapa tajuk pilihan sebagai tugasan.Selepas pemilihan tajuk,pensyarah kami iaitu cikgu Nasrol Hadi meminta kami memperkenalkan diri masing-masing sambil menerangkan kepada seisi kelas garis kasar untuk tugasan individu. Pada hari pertama, pelajar yang mendaftar dalam kelas tersebut sedikit sahaja.

    ReplyDelete
  2. 17 Julai 2010
    Hari kedua kelas pengantar penulisan seperti biasa bermula pada awal pagi. Suasana sejuk dan badan yang amat letih membuatkan saya kurang fokus ketika berada di dalam kelas tersebut. Semalam saya memandu kereta ke Alor Setar untuk membeli belah bersama rakan-rakan. Jalan raya yang sesak membuatkan saya dan rakan-rakan pulang lewat. Walaubagaimanapun, saya tetap bangun seawal pagi untuk ke kelas kerana ianya merupakan tanggungjawab saya sebagai seorang pelajar. Pada hari ini kami diajar menulis dan telah diberi latihan iaitu menulis apa yang kami rasa pada ketika itu dalam satu perenggan sebanyak 50 patah perkataan. Suasana bertukar ceria apabila cikgu memaparkan beberapa karangan rakan-rakan yang agak lucu jalan ceritanya. Cikgu juga menyuruh kami mengesan kesalahan bahasa yang terdapat dalam karangan tersebut. Kesimpulannya kelas hari ini sangat menyeronokkan.

    ReplyDelete
  3. 20 Julai 2010
    Bahasa itu unik. Hari ketiga kelas,kami lebih fokus kepada bab tatabahasa. Pada awalnya saya berasa sedikit tekanan apabila mempelajarinya kerana saya tidak mempunyai sebarang asas dalam bahasa melayu peringkat STPM. Kebanyakan dari rakan-rakan di dalam kelas tersebut ternyata pernah mempelajarinya. Walaubagaimanapun, hati saya mulai tenang apabila adik di sebelah saya sudi menerangkan kepada saya apa yang saya tidak tahu. Terima kasih adikku sayang.

    ReplyDelete
  4. 25 julai 20
    Kelas hari ini seperti biasa, macam-macam yang dipelajari mengenai tatabahasa. Sebelum pulang, cikgu Nasrol telah memberi sedikit latihan.

    ReplyDelete